Assallamualaikum..Selamat Datang ke laman ini.. - http://nikahselatanthailand.blogspot.com/

About


Saturday 17 September 2011

KU AKAN TETAP MENIKAH DENGANMU, WALAUPUN ENGKAU LUMPUH DAN CACAT



Seorang lelaki yang soleh bernama Tsabit bin Ibrahim sedang berjalan di pinggiran kota Kufah. Tiba-tiba dia melihat Sebuah apel jatuh keluar pagar sebuah kebun buah-buahan. Melihat apel yang merah ranum itu tergeletak di tanah membuat air liur Tsabit terbit, apalagi di hari yang panas dan tengah kehausan. Maka tanpa berfikir panjang dipungut dan dimakannyalah buah apel yang lazat itu, akan tetapi baru setengahnya di makan dia teringat bahawa buah itu bukan miliknya dan dia belum mendapat izin pemiliknya.
Maka ia segera pergi kedalam kebun buah-buahan itu hendak menemui pemiliknya agar meninta dihalalkan buah yang telah dimakannya. Di kebun itu ia bertemu dengan seorang lelaki. Maka langsung saja dia berkata, “Aku sudah makan setengah dari buah apel ini. Aku berharap anda menghalalkannya”. Orang itu menjawab, “Aku bukan pemilik kebun ini. Aku Khadamnya yang ditugaskan menjaga dan mengurus kebunnya”.
Dengan nada menyesal Tsabit bertanya lagi, “Dimana rumah pemiliknya? Aku akan menemuinya dan minta agar dihalalkan apel yang telah ku makan ini.” Pengurus kebun itu memberitahukan, “Apabila engkau ingin pergi kesana maka engkau harus menempuh perjalan sehari semalam”.
Tsabit bin Ibrahim bertekad akan pergi menemui si pemilik kebun itu. Katanya kepada orang tua itu, “Tidak mengapa. Aku akan tetap pergi menemuinya, meskipun rumahnya jauh. Aku telah memakan apel yang tidak halal bagiku kerana tanpa izin pemiliknya. Bukankah Rasulullah s.a.w. sudah memperingatkan kita melalui sabdanya: “Siapa yang tubuhnya tumbuh dari yang haram, maka ia lebih layak menjadi umpan api neraka”
Tsabit pergi juga ke rumah pemilik kebun itu, dan setiba di sana dia langsung mengetuk pintu. Setelah si pemilik rumah membukakan pintu, Tsabit langsung memberi salam dengan sopan, seraya berkata,” Wahai tuan yang pemurah, saya sudah terlanjur makan setengah dari buah apel tuan yang jatuh ke luar kebun tuan. Kerana itu mahukah tuan menghalalkan apa yang sudah ku makan itu?”
Lelaki tua yang ada dihadapan Tsabit mengamatinya dengan cermat. Lalu dia berkata tiba-tiba, “Tidak, aku tidak boleh menghalalkannya kecuali dengan satu syarat.” Tsabit merasa khawatir dengan syarat itu kerana takut ia tidak dapat memenuhinya. Maka segera ia bertanya, “Apa syarat itu tuan?” Orang itu menjawab, “Engkau harus mengawini putriku !”
Tsabit bin Ibrahim tidak memahami apa maksud dan tujuan lelaki itu, maka dia berkata, “Apakah kerana hanya aku makan setengah buah apelmu yang keluar dari kebunmu, aku harus mengawini putrimu?”
Tetapi pemilik kebun itu tidak mempedulikan pertanyaan Tsabit. Ia malah menambahkan, katanya, “Sebelum pernikahan dimulai engkau harus tahu dulu kekurangan-kekurangan putriku itu. Dia seorang yang buta, bisu, dan tuli. Lebih dari itu ia juga seorang yang lumpuh!”
Tsabit amat terkejut dengan keterangan si pemilik kebun. Dia berfikir dalam hatinya, apakah perempuan seperti itu patut dia persunting sebagai isteri gara-gara setengah buah apel yang tidak dihalalkan kepadanya? Kemudian pemilik kebun itu menyatakan lagi, “Selain syarat itu aku tidak boleh menghalalkan apa yang telah kau makan !”
Namun Tsabit kemudian menjawab dengan mantap, “Aku akan menerima pinangannya dan perkahwinanya. Aku telah bertekad akan mengadakan transaksi dengan Allah Rabbul ‘alamin. Untuk itu aku akan memenuhi kewajiban-kewajiban dan hak-hakku kepadanya kerana aku amat berharap Allah selalu meridhaiku dan mudah-mudahan aku dapat meningkatkan kebaikan-kebaikanku di sisi Allah Ta’ala”.
Maka pernikahan pun dilaksanakan. Pemilik kebun itu menghadirkan dua saksi yang akan menyaksikan akad nikah mereka. Sesudah perkahwinan selesai, Tsabit dipersilahkan masuk menemui isterinya. Sewaktu Tsabit hendak masuk kamar pengantin, dia berfikir akan tetap mengucapkan salam walaupun isterinya tuli dan bisu, kerana bukankah malaikat Allah yang berkeliaran dalam rumahnya tentu tidak tuli dan bisu juga. Maka iapun mengucapkan salam, “Assalamu”alaikum…”
Tak disangka sama sekali wanita yang ada dihadapannya dan kini resmi jadi isterinya itu menjawab salamnya dengan baik. Ketika Tsabit masuk hendak menghampiri wanita itu , dia mengulurkan tangan untuk menyambut tangannya. Sekali lagi Tsabit terkejut kerana wanita yang kini menjadi isterinya itu menyambut uluran tangannya.
Tsabit sempat terhentak menyaksikan kenyataan ini. “Kata ayahnya dia wanita tuli dan bisu tetapi ternyata dia menyambut salamnya dengan baik. Jika demikian berarti wanita yang ada dihadapanku ini dapat mendengar dan tidak bisu. Ayahnya juga mengatakan bahawa dia buta dan lumpuh tetapi ternyata dia menyambut kedatanganku dengan ramah dan mengulurkan tangan dengan mesra pula”, Kata Tsabit dalam hatinya. Tsabit berfikir, mengapa ayahnya menyampaikan berita-berita yang bertentangan dengan yang sebenarnya ?
Setelah Tsabit duduk di samping isterinya, dia bertanya, “Ayahmu mengatakan kepadaku bahawa engkau buta. Mengapa?” Wanita itu kemudian berkata, “Ayahku benar, kerana aku tidak pernah melihat apa-apa yang diharamkan Allah”. Tsabit bertanya lagi, “Ayahmu juga mengatakan bahawa engkau tuli, mengapa?” Wanita itu menjawab, “Ayahku benar, kerana aku tidak pernah mahu mendengar berita dan cerita orang yang tidak membuat ridha Allah.
Ayahku juga mengatakan kepadamu bahawa aku bisu dan lumpuh, bukan?” Tanya wanita itu kepada Tsabit yang kini sah menjadi suaminya. Tsabit mengangguk perlahan mengiyakan pertanyaan isterinya. Selanjutnya wanita itu berkata, “aku dikatakan bisu kerana dalam banyak hal aku hanya menggunakan lidahku untuk menyebut asma Allah Ta’ala saja. Aku juga dikatakan lumpuh kerana kakiku tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang boleh menimbulkan kegusaran Allah Ta’ala”.
Tsabit amat bahagia mendapatkan isteri yang ternyata amat soleh dan wanita yang memelihara dirinya. Dengan bangga ia berkata tentang isterinya, “Ketika kulihat wajahnya… Subhanallah, dia bagaikan bulan purnama di malam yang gelap”.
Tsabit dan isterinya yang salihah dan cantik itu hidup rukun dan berbahagia. Tidak lama kemudian mereka dikurniakan seorang putra yang ilmunya memancarkan hikmah ke seluruh penjuru dunia, Beliau adalah Al Imam Abu Hanifah An Nu’man bin Tsabit.
Dari kisah di atas bahwasanya Nabi SAW telah berpesan kepada kaum lelaki ketika memilih pendamping hidup janganlah memandang kecantikan, harta, ataupun kedudukannya tetapi pilihlah karena agamanya.
begitupun sebaliknya dengan kaum perempuan
“Janganlah kalian menikahi wanita karena kecantikannya semata, boleh jadi kecantikannya itu akan membawa kehancuran. Dan janganlah kalian menikahi wanita karena kekayaan semata, boleh jadi kekayaannya itu akan menyebabkan kesombongan. Tetapi nikahilah wanita itu karena agamanya. Sesunggunya budak wanita yang hitam lagi cacat, tetapi taat beragama adalah lebih baik (daripada wanita kaya dan cantik tapi tidak beragama).”
(HR Abu Daud dan Tirmidzi)
SALAM UKHUWAH

Friday 16 September 2011

KENAPA INSURAN PENTING


WARKAH UNTUK WARGA MALAYSIA..

Kenapa? Itu mungkin soalan yang terterjah di pemikiran kita.Sebenarnya jawapannya sangat mudah. Mudah apabila kita memahami asas dan kepentingan insuran. Kehidupan sehari-hari terdedah dengan pelbagai risiko.Tidak kiralah risiko kehilangan harta benda, kecederaan dan mungkin jua kematian. Kita tidak mampu menentukan itu semua kerana ia adalah bukan kemampuanakal, tetapi kita sebenarnya boleh bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Contoh yang mudah, apabila sebuah rumah tidak dikunci, maka peluang dan ruang bagi seorang pencuri untuk melaksakan misinya adalah mudah. Tetapi seandainya kita mengunci dengan mangga ‘solex’, memasang ‘grill’, siap dengan CCTV yang tinggi kualiti, maka pencuri mungkin berfikir banyak kali untukmencuri. Mungkinkita kata, ‘alah, kalau dia nak curi jugak, buatlah macam manapun, tetap akandicuri’.Namun, disini ada perbezaan .Jika dibiar, mungkin hanya beberapa minit sahaja barang kita hilang.Tetapi bagi kes kedua, pencuri mungkin terpaksa memerah keringat untuk dan mengambil tempoh yang lama berbanding yang pertama. Kalau mengikut teori perniagaan, sudah pasti ‘turnover’ bagi pencuri tersebut adalah tidak efektif dan pasti ‘Return on Invesment’ adalah rendah.
Pernah satu ketika seorang sahabatRasulullah SAW bersama Rasulullah bermusafir, lalu apabila tiba di satu tempat, lelak iini ‘parking’ untanya disebuah tempat tanpa mengikatnya. Rasulullah SAW bertanya tentang perbuatannya itu. Lelaki ini menjawab dengan ‘tawakkal kepada Allah’. Lalu Rasulullah SAW menyatakan ‘Ikat dulu untamu, kemudian barulah bertawakkal’

Risiko dalam kehidupan adalah perkara yang tidak boleh dielak, kerana masa depan tidak kita ketahui. Lalu, risiko ini boleh dipindahkan, dikongsi, dielak dan boleh dibuang.Ia bergantung kepada keadaan.
Insuran adalah salah satu dari kaedah berkongsi risiko.Dahulu, elemen insuran ini adalah bersifat tanggungjawab sosial, tetapi kini ia telah menjadi satu institusi kewangan yang penting di dunia. Secara spesifik, ia adalah elemen dari perlindungan kepada kerugian kewangan atau ‘financial loss’.
Oleh itu,jangan kita terlalu berkira dengan jumlah yang diinsurankan kerana ia melibatkan risiko yang tinggi apabila berlaku kejadian yang tidak diingini. Ada dikalangan kita menyatakan ‘kita ambik insuran yang minimum sahaja, third party pun tak pa’.Akibatnya, simpanan (kekayaan) kita terpaksa digadaikan untuk proses pembaikan atau membayar baki pinjaman atau membeli kenderaan baru!
Itu belum dikira dengan risiko kemalangan diri dan rawatan perubatan.Ramai dikalangan kita penjawat awam yang menyatakan, ‘saya ada hospital kerajaan untuk membiaya rawatan perubatan’. Tidaklah menjadi satu kesalahan kerana ia adalah manfaat perkhidmatan awam kepada kita. Namun, sebagai penjawat awam yang berdedikasi, kita perlu tahu tidak semua perkhidmatan kesihatan percuma diberi kerajaan. Dengan insuran kesihatan, anda mungkin mendapat manfaat yang lebih kerana ia ditanggung oleh insurer(takaful), ditambah lagi dengan rawatan perubatan di hospital swasta yang lebih pantas dan cekap.
‘Alah, sama je. Kita bayar bulan-bulan tu untuk bayar rawatan tulah’. Memang benar, dengan caruman itu, kita akan berkongsi risiko dengan pihak insurer(takaful). Dengan inovasi industri insuran hari ini, sebenarnya produk seperti perlindungan dan pelaburan adalah kaedah untuk kita meningkatkan kekayaan di masa hadapan.Andainya kita membayar RM200 sebulan untuk perlindungan kesihatan, pada sesuatu tempoh matang, kita akan mendapat kembali caruman kita dengan penuh malah memperoleh dividen dan keuntungan yang tinggi. Malah, jika ditinjau pasaran industri insuran hari ini, keuntungannya jauh lebih tinggi dari ASB yang kita carum tiap-tiap bulan itu.Rata-rata merekodkan dividen dan nilai tunai mencecah dua angka.
Insuran dan takaful bukan sahaja melindungi kekayaan, dan mengurangkan risiko, malah mencipta kekayaan!

TPR FARAH SHUHADA BINTI RAMLI
TIMBALAN PENDAKWA RAYA
NEGERI SEMBILAN

Thursday 1 September 2011

Kurang akidah, jahil punca umat Islam mudah terpesong

FIRMAN Allah bermaksud: “Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang daripada orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Ahzab, ayat 40)

Rasulullah SAW diutuskan untuk menyambung perjuangan nabi dan rasul terdahulu menegakkan kalimah Allah seterusnya mengakhiri salasilah kerasulan dengan memikul amanah menyampaikan risalah Islam yang lengkap dan menyeluruh kepada sekalian alam.

Di samping itu, Rasulullah SAW juga dikurniakan kitab suci al-Quran sebagai sumber rujukan dan pedoman berkekalan buat umat manusia menelusuri titian hidup penuh cabaran.

Sehubungan itu, Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah yang diutuskan untuk menyampaikan Islam kepada umat manusia. Baginda adalah penutup segala nabi dan rasul.

Dengan kedatangan Rasulullah SAW, sempurnalah syariat Islam menjadi pegangan dan cara hidup menyeluruh dalam segenap lapangan hidup manusia.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Perumpamaanku dengan nabi dan rasul umpama lelaki yang membina rumah, lalu disempurnakan dan dihiaskan binaannya dengan indah kecuali kekosongan sebiji bata pada dinding binaan itu. Maka sesiapa yang memasuki ke dalam binaan dan melihat kelompangan sebiji bata pada dindingnya, akan berkata: Alangkah bagusnya binaan ini, tapi sayang sekali terdapat kelompangan sebiji bata pada dindingnya. (Lalu Rasulullah SAW berkata: Akulah sebiji bata yang memenuhi kekosongan pada dinding binaan itu dan akulah juga penutup pada sekalian nabi dan rasul.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan nas al-Quran dan hadis, jelas tidak akan ada lagi nabi dan rasul sesudah Rasulullah SAW kerana usul akidah sudah lengkap, syiar ibadat sudah tersusun kemas dan syariat Islam sempurna.

Justeru, jika sesiapa mengaku atau mendakwa dirinya nabi, maka orang itu pendusta dan sesat. Sejarah kehidupan manusia menyaksikan beberapa orang mendakwa dirinya nabi seperti Musailamah al-Kazzab, Aswad al-Unsi, Mirza Ghulam Ahmad dan Abdul Kahar.

Walaupun begitu, masih ada sebahagian umat Islam terperangkap dengan gerakan ajaran sesat dan begitu mudah menerima ajaran sesat yang jelas bertentangan dengan akidah dan syariat Islam.

Antaranya, mempercayai wahyu masih turun, ada nabi dan rasul lain selepas Nabi Muhammad SAW, memansuhkan kewajipan dalam syariat Islam seperti solat, puasa, zakat, haji atau nabi, menghalalkan sesuatu diharamkan Allah.

Kepercayaan yang menyeleweng ini jelas bertentangan Rukun Iman dan Islam yang wajib diketahui, dipelajari serta diyakini kecuali mereka yang tersesat atau terpengaruh ajaran sesat.

Kejahilan menyebabkan berlakunya krisis akidah dalam kalangan umat Islam. Orang jahil menerima perkara sepenuhnya tanpa berfikir atau membuat pertimbangan terlebih dulu sama ada benar atau bertentangan ajaran Islam.

Malah, kejahilan akan mendatangkan mudarat lebih besar jika membabitkan kepercayaan. Ilmu akidah penting dipelajari dan dihayati sebagai perisai utama dalam menyanggah ajaran sesat.

Wednesday 24 August 2011

36 Penyakit Kritikal



Jika anda mengambil rider atau manfaat tambahan perlindungan dari 36 penyakit kritikal, di bawah adalah senarai lengkap 36 penyakit kritikal yang dilindungi:
1. Serangan Penyakit Jantung
- Kematian sebahagian otot jantung akibat kekurangan bekalan darah dan terbukti melalui;
i. mengalami kesakitan dada biasa yang berpanjangan; dan
ii.perubahan baru dalam bacaan elektrokardiografi akibat serangan ini ; dan
iii.peningkatan tahap enzim kardiak yang melebihi tahap normal makmal
2. Penyakit Arteri Koronari Yang Memerlukan Pembedahan
- Merujuk kepada pembedahan pintasan koronari arteri sebenar melalui cara pembedahan thorakotomi untuk membetulkan atau merawat penyakit koronari arteri tetapi tidak termasuk angioplasty, lain-lain intra-arteri, prosedur lelubang kunci (keyhole) atau laser.
3. Strok
- Ditakrifkan sebagai suatu kejadian atau kemalangan serebrovaskular yang menghasilkan sekueleneulogi bersifat kekal, berlanjutan selama tidak kurang dari enam (6) bulan. Takrif ini juga meliputi keadaan seperti Inflaksi tisu otak, pendarahan dan embolisasi dari luaran rangka tengkorak. Diagnosis mesti berdasarkan perubahan nyata yang dilihat dalam imbasan CT atau MRI dan disahkan oleh pakar neurology.
Dikecualikan secara khusus adalah symptom cerebral akibat serangan iskemik perantara, sebarang kepincangan iskemik neurological boleh sembuh, iskemik vertebrobasilar, symptom cerebral akibat migraine,kecederaan cerebral hasil dari trauma atau penyakit hypoxia dan vascular yang memberi kesan pada mata atau saraf optic atau fungsi vestibule.
4. Kanser
- Kanser ditakrifkan sebagai ketumbuhan tidak terkawal dan perebakan sel-sel malignan serta penyerangan dan pemusnahan tisu-tisu normal menyebabkan rawatan atau pembedahan (kecuali prosedur endoskopi sahaja) dianggap perlu. Kanser ini mesti disahkan melalui pembuktian histology malignan.
5. Kegagalan Buah Pinggang
- Kegagalan buah pinggang di peringkat akhir iaitu apabila kedua-dua buah pinggang gagal berfungsi dan dianggap kronik serta tidak dapat dipulihkan semula dan mengakibatkan rawatan dialisis buah pinggang berkala perlu dimulakan atau menjalani pemindahan buah pinggang.
6. Penyakit Lumpuh
- Hilang keupayaan guna kedua-dua belah tangan atau kedua-dua belah kaki secara menyeluruh dan kekal, atau sebelah tangan dan sebelah kaki, melalui kelupuhan akibat penyakit atau kecederaan secara berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh trauma atau penyakit itu..
7. Pemindahan Organ Utama
- Menjalani pembedahan pemindahan sebagai penerima organ manusia yang berikut :-
i. Buah Pinggang
ii. Paru-paru
iii. Hati
iv. Jantung
v. Sum-sum tulang
8. Sklerosis Pelbagai / Berbilang
- Diagnosis yang jelas tanpa ragu oleh seorang pakar neurology untuk mengesahkan gabungan berikut yang telah berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan :-
i. Symptom yang boleh dirujuk kepada saluran (jasad putih) yang melibatkan saraf optic, pangkal otak dan saraf tunjang yang menghasilkan kepincangan neurology yang ketara; dan
ii.Kepelbagaian atau keberasingan ketara lesion; dan
iii.Catatan sejarah yang didokumentasikan dengan rapi tentang keadaan symptom atau kekurangan neurology yang bertambah tenat atau semakin pulih.
9. Hepatitis Virus Fulminan
- Penyakit ini ditakrifkan sebagai nekrosis hati separa besar hingga kepada besar akibat serangan sebarang virus yang secara terjalnya mengarah kepada kegagalan hati.
Kriteria diagnostic yang perlu ada ialah :
i. Penguncupan saiz hati yang cepat seperti yang dikesan melalui ultrabunyi abdomen; dan
ii. Nekrosis melibatkan keseluruhan lobul, dengan hanya meninggalkan rangka reticulum yang musnah; dan
iii. Penyakit kuning yang teruk.
- Jangkitan Hepatitis B atau status pembawa sahaja tidak memenuhi criteria diagnostik.
10. Hypertensi Arteri Pulmonari Utama
- Bermaksud hipertensi pulmonary utama dengan pembesaran ventrikul kanan yang ketara yang disahkan hasil melalui siasatan termasuklah kardiak katerisan, mengakibatkan kepincangan fizikal kekal dan tidak boleh sembuh sehingga tahap sekurang-kurangnya Kelas 3 mengikut Klasifikasi New York Heart Association untuk kepincangan kardiak, dan menyebabkan Hayat dilindungi tidak boleh melakukan pekerjaan biasa..
11. Koma
- Keadaan tidak sedar diri, dengan tiada tindak balas terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman, berterusan selama tidak kurang daripada 96 jam, memerlukan system sokongan hidup dan mengakibatkan kemerosotan neurology sehingga melebihi 30 hari. Pengesahan oleh seorang pakar neurology mestilah diperolehi.
Koma yang diakibatkan secara langsung daripada kecederaan sengaja diri sendiri, penyalahgunaan dadah atau alcohol adalah terkecuali.
12. Buta
- Kehilangan daya penglihatan kedua-dua belah mata secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh dibaik pulih. Pengesahan bersijil oleh ahli oftalmologi diperlukan.
13. Penggantian Injap Jantung
- Telah menjalani pembedahan dada-terbuka untuk mengganti atau membaiki injap kardiak akibat ketidaksempurnaan atau keadaan tidak normal yang terjadi pada injap jantung selepas tarikh kontrak berkuatkuasa atau selepas tarikh berkuatkuasa semula.
Pembaikan melalui pembedahan injap (valvotomi), prosedur infra-arteri, pembedahan lelubang kunci (key-hole) atau teknik-teknik seumpama adalah secara khususnya dikecualikan.
14. Pembedahan Aorta
- Telah menjalani pembedahan melalui thorakotomi atau laprotomi untuk membaiki atau membetulkan aneurisma aortic, suatu penghalang pada aorta atau koarktasi aorta. Untuk tujuan takrifan ini, aorta bermaksud aorta thorasik dan aorta abdomen tetapi tidak termasuk cabang-cabangnya.
15. Penyakit Alzhemier
- Kemerosotan atau kehilangan daya intelektual atau berkelakuan tidak normal yang terbukti dengan keadaan klinikal dan soal selidik piawai yang diperakui atau ujian daripada Penyakit Alzheimer / kepincangan kemerosotan organic dalam otak yang tidak boleh sembuh kecuali neurosis, penyakit psikiari, dan sebarang kepincangan organik berkaitan dadah atau alcohol, menyebabkan kemerosotan ketara pada fungsi mental dan social di mana hayat dilindungi perlu diawasi sepanjang masa.
Diagnosis mesti disahkan secara klinikal oleh seorang pakar perubatan yang berkaitan.
16. Hilang Pendengaran / Pekak
- Kehilangan upaya dengar pada kedua-dua telinga secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh sembuh akibat penyakit atau kemalangan. Bukti perubatan dalam bentuk audiometric dan ujian ambang bunyi mesti dikemukakan.
17. Hilang Percakapan
- Hilang keupayaan untuk bertutur secara menyeluruh dan tidak boleh dibaik pulih secara berterusan untuk tempoh selama dua belas ( 12 ) bulan. Bukti perubatan yang mengesahkan kecederaan atau penyakit saluran suara yang menyokong kehilangan keupayaan ini mesti disediakan oleh seorang pakar berkaitan (Telinga, Hidung, Tekak )
18. Kebakaran Parah
- Kecederaan terbakar darjah ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%) permukaan tubuh badan hayat dilindungi seperti diukur mengikut “Hukum 9” dalam carta Permukaan Badan Lund & Browder.
19. Penyakit Membawa Maut
- Hayat dilindungi mestilah menderita akibat keadaan penyakit, yang pada pendapat pakar perubatan yang berkaitan akan membawa kepada kematian dalam jangkamasa dua belas (12 ) bulan. Hayat dilindungi mesti tidak lagi menerima rawatan secara aktif selain daripada rawatan untuk melegakan kesakitan.
20. AIDS Di sebabkan Oleh Pemindahan Darah

- Hayat dilindungi dijangkiti virus HIV atau AIDS dengan syarat :-
i. Jangkitan tersebut dari transfusi darah yang dilakukan di Malaysia atau Singapura selepas polisi berkuatkuasa;
ii. Hayat dilindungi tidak menghidapi haemophiliac; dan
iii.Hayat dilindungi bukan ahli kumpulan berisiko tinggi tetapi tidak terhad kepada homoseksual, penyalahgunaan dadah secara suntikan atau pelacur.
Notis pemberitahuan dan bukti kejadian mesti dikemukakan secara bertulis daripada pihak berwajib kesihatan yang mengesahkan bahawa jangkitan terjadi secara perubatan.
21. Penyakit Motor Neuron
- Penyakit motor neuron yang tidak diketahui etiologinya dicirikan oleh kemerosotan berterusan saluran kortikospinium dan sel tanduk anterior atau neuron eferen bulbar. Ini termasuklah atrofi otot spina, palsi bulbar berterusan, sclerosis lateral amiotrofik dan sclerosis lateral primer.
Diagnosis mestilah disahkan oleh seorang pakar perubatan neurology.
22. Penyakit Parkinson
- Diagonosis jelas dan tanpa ragu Penyakit Parkinson oleh seorang pakar neurology di mana pesakit berkeadaan :-
i. tidak boleh dikawal dengan pengunaan ubat; dan
ii. menunjukkan tanda kemungkinan kepincangan berlarutan.
Aktiviti penilaian kehidupan harian mengesahkan kehilangupayaan hayat dilindungi untuk melakukan tanpa bantuan sekurang-kurangnya tiga (3) perkara berikut :-
a. Pengalihan – Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
b. Pergerakan – Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
c. Buang air / Penggunaan Tandas – Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
d. Berpakaian – Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
e. Mandi / Membasuh – Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
f. Makan – Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.
Hanya Penyakit Parkinson idiopathic yang dilindungi. Penyakit Parkinson yang dirangsang dadah atau disebabkan oleh toksik adalah terkecuali.
23. Penyakit Hati Kronik
- Kegagalan hati peringkat akhir dengan kewujudan kesemua penyakit berikut :-
a. Penyakit kuning kekal;
b. Askit
c. Ensefalopati;
d. Hipotensi portal
Wernicke’s ansefalopi & penyakit hati sekundar akibat penyalahgunaan dadah & alcohol adalah terkecuali.
24. Penyakit Paru-paru Kronik
- Kegagalan system pernafasn di peringkat akhir termasuk penyakit paru-paru interstitial kronik.
Semua kriteria-kriteria berikut mesti dipenuhi :-
a. Memerlukan terapi oksigen kekal oleh sebab hasil ujian berterusan FEV1 bernilai kurang daripada satu liter. (Isi padu Penghembusan Nafas Paksaan semasa saat pertama bagi suatu penghembusan nafas paksaan)
b. Analisis Gas Darah Arteri dengan tekanan oksigen separa kurang dari atau bersamaan 55mmHg.
c. Disponea ketika berehat.
25. Anaemia APlastik
- Kegagalan sum-sum tulang kronik yang berlarutan menyebabkan aplasia sum-sum tulang menyeluruh dan memerlukan rawatan sekurang-kurangnya satu daripada kaedah berikut :-
a. Transfusi produk darah secara berkala.
b. Agen perangsang sum-sum.
c. Agen imunosupresif.
d. Pemindahan sum-sum tulang.
26. Distrofi Otot
- Diagnosis distrofi otot memerlukan pengesahan oleh seorang pakar nuerologi dengan gabungan 3 daripada 4 keadaan berikut :-
a. Sejarah keluarga di mana ahli-ahlinya menghidap penyakit ini
b. Kewujudan klinikal termasuk ketiadaan deria gangguan, cecair spina serebo biasa dan pengurangan refleks tendon yang sederhana
c. Elektromiogram sifatan
d. Kesangsian klinikal yang disahkan oleh biopsy otot
Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun terkecuali daripada takrifan ini.
27. Poliomielitis
- Diagnosis tanpa ragu oleh seorang pakar neurology tentang jangkitan virus polio yang menyebabkan penyakit lumpuh akibat fungsi motor yang terjejas atau daya pernafasan yang lemah sebagai tanda jangkitan. Kes-kes yang tidak melibatkan lumpuh tidak layak untuk manfaat ini. Lain-lain sebab lumpuh (seperti sindrom Guillain-Barre) adalah terkecuali.
28. Meningitis Bakteria
- Meningitis bacteria yang menyebabkan inflamasi membrane otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh minima tiga puluh (30) hari dan kehilangan upaya melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Untuk tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.
Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :
a. Pengalihan – Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
b. Pergerakan – Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
c. Buang air / Penggunaan Tandas – Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
d. Berpakaian – Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
e. Mandi / Membasuh – Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
Diagnosis hendaklah disahkan oleh pakar neurology.
29. Tumor Otak Benigna

- Suatu tumor bukan kanser di dalam otak yang boleh mengancam nyawa,yang mengakibatkan timbulnya ciri-ciri peningkatan tekanan intrakaranium seperti papiloedema, symptom mental, tidak sedar diri dan kepincangan deria. Kehadiran tumor ini mesti disahkan oleh kajian imej gambar imabasan CT atau MRI.
30. Eusefalitis
- Ditakrif sebagai inflamasi bahan otak yang teruk mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh minima tiga puluh (30) hari dan disahkan oleh seorang pakar neurology. Kepincangan kekal ini mesti mengakibatkan hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Bagi tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.
Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-
a. Pengalihan – Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
b. Pergerakan – Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
c. Buang air / Penggunaan Tandas – Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
d. Berpakaian – Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
e. Mandi / Membasuh – Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
Diagnosis hendaklah disahkan oleh pakar neurology.
31. AIDS Termanifestasi Sepenuhnya ( Full Blown AIDS )
- Manifestasi klinikal AIDS (Acquired Immuno-deficiency Virus) mesti disokong dengan keputusan positif ujian antibody HIV ( Human Immuno-deficiency Virus) dan satu ujian pengesahan Western Blot. Sebagai tambahan, hayat dilindungi juga mesti mempunyai kiraan sel CD4 yang kurang dari dua ratus (200) dan memenuhi satu atau lebih daripada criteria berikut :-
a. Kehilangan berat badan melebihi 10% daripada berat badan di sepanjang tempoh kurang daripada enam (6) bulan (wasting syndrome);
b. Kaposi Sarcoma;
c. Pneumocystic Carinii Pneumonia;
d. Progressive multifocal leukoencephalopathy;
e. Tuberculosis Aktif;
f. Lymphocytes kurang daripada satu ribu (1000);
g. Malignant Lymphoma.
32. Lain-lain Penyakit Arteri Koronari Yang Serius
- Penyempitan lumen pada sekurang-kurangnya tiga arteri utama iaitu Sirkumfleks, Arteri Koronari Kanan (RCA), Arteri Menurun Anterior Kiri (LAD), ke tahap minimum 60% atau lebih yang dibuktikan oleh arteriographi kronari. Manfaat ini boleh dibayar tanpa mengira sama ada sebarang bentuk pembedahan koronari arteri telah dilakukan.
33. Pembedahan Otak

- Telah menjalani pembedahan otak di bawah penggunaan anaestesia am dan kruniotomi telah dilaksanakan semasa pembedahan tersebut dilakukan. Bur Hole & pembedahan otak akibat kemalangan adalah terkecuali.

34. Sindrom APPALIC
- Nekrosis kortex otak menyeluruh yang tidak menjejaskan pangkal otak. Diagnosis mesti disahkan oleh seorang pakar neurology dan keadaan pesakit mesti didokumentasikan selama sekurang-kurangnya satu (1) bulan.
35. Kecederaan Kepala Utama
- Kecederaan fizikal di kepala yang menyebabkan fungsi yang ketara secara kekal selama tempoh minimum tiga (3) bulan dari tarikh truma atau kecederaan. Hasil kepincangan berfungsi kekal ini hendaklah disahkan oleh seorang pakar neurology dan dipersetujui oleh Pegawai Perubatan Syarikat serta menyebabkan hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Untuk tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.
Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-
a. Pengalihan – Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
b. Pergerakan – Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
c. Buang air / Penggunaan Tandas – Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
d. Berpakaian – Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
e. Mandi / Membasuh – Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
36. Kehilangan Anggota Badan
- Putusnya secara fizikal kedua-dua anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, yang menyeluruh dan tidak dapat dipulihkan, atau satu anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki akibat kecederaan.

Azab Dan Nikmat Kubur Dalam al-Quran dan al-Hadis


Ustaz Dr. Abdullah Yasin

Sebab-Sebab Azab Kubur

Al-‘Allamah Al-Safaarainiy berkata, sebab-sebab penghuni kuburan disiksa terbagi kepada dua bahagian, iaitu:

1. Mujmal (umum). Mereka disiksa di dalam kubur kerana kejahilan mereka terhadap Allah dan enggan mematuhi suruhan Allah serta melakukan maksiat. Azab kubur dan azab akhirat adalah akibat daripada murka Allah kepada hamba-Nya. Siapa yang dimurkai Allah di dunia ini kerana durhaka kepada-Nya dan tidak segera taubat kepada-Nya lalu mati dalam keadaan demikian maka untuknya azab kubur setimpal dengan kemurkaan Allah kepadanya.
2. Mufassal (Terperinci). Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah diperlihat dan diperdengarkan azab kubur ketika baginda melalui dua kuburan, yang satu disiksa kerana suka menceritakan keburukan orang sedangkan yang satu lagi kerana tidak menjaga kebersihan ketika buang air kecil. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bermimpi (semua mimpi para rasul adalah wahyu) diperlihatkan oleh Allah kepadanya sebab-sebab manusia disiksa di dalam kubur seperti orang yang solat tanpa bersuci (taharah), orang yang melalui seseorang yang sedang dizalimi lalu enggan menolongnya, orang yang membaca Al-Quran lalu tidur pada malamnya kemudian tidak mengamalkan apa yang dibacanya itu pada waktu siangnya, orang yang berzina, orang yang makan riba, orang yang malas solat Subuh, orang yang enggan mengeluarkan zakat, orang yang gemar menyibar fitnah di dalam masyarakat, orang yang takabbur (sombong), orang yang ria’ dan orang yang suka mencaci orang lain sama ada melalui ucapan atau tindakannya. (Riwayat al-Bukhari)


__________________________

Kitab Rujukan

1. Aqidah Al-Wasitiyyah; Ibn Taimiyah.
2. Al-Roh; Ibn Qayyim
3. Al-Irsyad Ilaa Sahih Al-I’tiqad; Dr. Saleh Bin Fauzan Al-Fauzan
4. Al-Hayat Al-Barzakhyyah; Muhammad Al-Zahir Khalifah
5. Tafsir Al-Quran Al-‘Azim; Ibn Kathir.
6. Ahkaam Al-Janaaiz; Nasiruddin Al-Albaaniy.
7. Lum’at Al-I’tiqad Al-Haadi Ilaa Sabil Al-Rasyad; Ibn Qudamah Al-Muqaddasiy; Syarh: Syeikh Muhammad Bin Saleh Al-‘Utsaimin.

Popular Posts