Wednesday 24 August 2011
Azab Dan Nikmat Kubur Dalam al-Quran dan al-Hadis
Ustaz Dr. Abdullah Yasin
Sebab-Sebab Azab Kubur
Al-‘Allamah Al-Safaarainiy berkata, sebab-sebab penghuni kuburan disiksa terbagi kepada dua bahagian, iaitu:
1. Mujmal (umum). Mereka disiksa di dalam kubur kerana kejahilan mereka terhadap Allah dan enggan mematuhi suruhan Allah serta melakukan maksiat. Azab kubur dan azab akhirat adalah akibat daripada murka Allah kepada hamba-Nya. Siapa yang dimurkai Allah di dunia ini kerana durhaka kepada-Nya dan tidak segera taubat kepada-Nya lalu mati dalam keadaan demikian maka untuknya azab kubur setimpal dengan kemurkaan Allah kepadanya.
2. Mufassal (Terperinci). Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah diperlihat dan diperdengarkan azab kubur ketika baginda melalui dua kuburan, yang satu disiksa kerana suka menceritakan keburukan orang sedangkan yang satu lagi kerana tidak menjaga kebersihan ketika buang air kecil. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bermimpi (semua mimpi para rasul adalah wahyu) diperlihatkan oleh Allah kepadanya sebab-sebab manusia disiksa di dalam kubur seperti orang yang solat tanpa bersuci (taharah), orang yang melalui seseorang yang sedang dizalimi lalu enggan menolongnya, orang yang membaca Al-Quran lalu tidur pada malamnya kemudian tidak mengamalkan apa yang dibacanya itu pada waktu siangnya, orang yang berzina, orang yang makan riba, orang yang malas solat Subuh, orang yang enggan mengeluarkan zakat, orang yang gemar menyibar fitnah di dalam masyarakat, orang yang takabbur (sombong), orang yang ria’ dan orang yang suka mencaci orang lain sama ada melalui ucapan atau tindakannya. (Riwayat al-Bukhari)
__________________________
Kitab Rujukan
1. Aqidah Al-Wasitiyyah; Ibn Taimiyah.
2. Al-Roh; Ibn Qayyim
3. Al-Irsyad Ilaa Sahih Al-I’tiqad; Dr. Saleh Bin Fauzan Al-Fauzan
4. Al-Hayat Al-Barzakhyyah; Muhammad Al-Zahir Khalifah
5. Tafsir Al-Quran Al-‘Azim; Ibn Kathir.
6. Ahkaam Al-Janaaiz; Nasiruddin Al-Albaaniy.
7. Lum’at Al-I’tiqad Al-Haadi Ilaa Sabil Al-Rasyad; Ibn Qudamah Al-Muqaddasiy; Syarh: Syeikh Muhammad Bin Saleh Al-‘Utsaimin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
WARKAH UNTUK WARGA MALAYSIA.. Kenapa? Itu mungkin soalan yang terterjah di pemikiran kita.Sebenarnya jawapannya sangat mudah. Mudah apabila ...
-
FIRMAN Allah bermaksud: “Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang daripada oran...
-
Seorang lelaki yang soleh bernama Tsabit bin Ibrahim sedang berjalan di pinggiran kota Kufah. Tiba-tiba dia melihat Sebuah apel jatuh keluar...
-
Jika anda mengambil rider atau manfaat tambahan perlindungan dari 36 penyakit kritikal, di bawah adalah senarai lengkap 36 penyakit krit...
-
Ustaz Dr. Abdullah Yasin Sebab-Sebab Azab Kubur Al-‘Allamah Al-Safaarainiy berkata, sebab-sebab penghuni kuburan disiksa...
No comments:
Post a Comment