Assallamualaikum..Selamat Datang ke laman ini.. - http://nikahselatanthailand.blogspot.com/

About


Friday 16 September 2011

KENAPA INSURAN PENTING


WARKAH UNTUK WARGA MALAYSIA..

Kenapa? Itu mungkin soalan yang terterjah di pemikiran kita.Sebenarnya jawapannya sangat mudah. Mudah apabila kita memahami asas dan kepentingan insuran. Kehidupan sehari-hari terdedah dengan pelbagai risiko.Tidak kiralah risiko kehilangan harta benda, kecederaan dan mungkin jua kematian. Kita tidak mampu menentukan itu semua kerana ia adalah bukan kemampuanakal, tetapi kita sebenarnya boleh bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Contoh yang mudah, apabila sebuah rumah tidak dikunci, maka peluang dan ruang bagi seorang pencuri untuk melaksakan misinya adalah mudah. Tetapi seandainya kita mengunci dengan mangga ‘solex’, memasang ‘grill’, siap dengan CCTV yang tinggi kualiti, maka pencuri mungkin berfikir banyak kali untukmencuri. Mungkinkita kata, ‘alah, kalau dia nak curi jugak, buatlah macam manapun, tetap akandicuri’.Namun, disini ada perbezaan .Jika dibiar, mungkin hanya beberapa minit sahaja barang kita hilang.Tetapi bagi kes kedua, pencuri mungkin terpaksa memerah keringat untuk dan mengambil tempoh yang lama berbanding yang pertama. Kalau mengikut teori perniagaan, sudah pasti ‘turnover’ bagi pencuri tersebut adalah tidak efektif dan pasti ‘Return on Invesment’ adalah rendah.
Pernah satu ketika seorang sahabatRasulullah SAW bersama Rasulullah bermusafir, lalu apabila tiba di satu tempat, lelak iini ‘parking’ untanya disebuah tempat tanpa mengikatnya. Rasulullah SAW bertanya tentang perbuatannya itu. Lelaki ini menjawab dengan ‘tawakkal kepada Allah’. Lalu Rasulullah SAW menyatakan ‘Ikat dulu untamu, kemudian barulah bertawakkal’

Risiko dalam kehidupan adalah perkara yang tidak boleh dielak, kerana masa depan tidak kita ketahui. Lalu, risiko ini boleh dipindahkan, dikongsi, dielak dan boleh dibuang.Ia bergantung kepada keadaan.
Insuran adalah salah satu dari kaedah berkongsi risiko.Dahulu, elemen insuran ini adalah bersifat tanggungjawab sosial, tetapi kini ia telah menjadi satu institusi kewangan yang penting di dunia. Secara spesifik, ia adalah elemen dari perlindungan kepada kerugian kewangan atau ‘financial loss’.
Oleh itu,jangan kita terlalu berkira dengan jumlah yang diinsurankan kerana ia melibatkan risiko yang tinggi apabila berlaku kejadian yang tidak diingini. Ada dikalangan kita menyatakan ‘kita ambik insuran yang minimum sahaja, third party pun tak pa’.Akibatnya, simpanan (kekayaan) kita terpaksa digadaikan untuk proses pembaikan atau membayar baki pinjaman atau membeli kenderaan baru!
Itu belum dikira dengan risiko kemalangan diri dan rawatan perubatan.Ramai dikalangan kita penjawat awam yang menyatakan, ‘saya ada hospital kerajaan untuk membiaya rawatan perubatan’. Tidaklah menjadi satu kesalahan kerana ia adalah manfaat perkhidmatan awam kepada kita. Namun, sebagai penjawat awam yang berdedikasi, kita perlu tahu tidak semua perkhidmatan kesihatan percuma diberi kerajaan. Dengan insuran kesihatan, anda mungkin mendapat manfaat yang lebih kerana ia ditanggung oleh insurer(takaful), ditambah lagi dengan rawatan perubatan di hospital swasta yang lebih pantas dan cekap.
‘Alah, sama je. Kita bayar bulan-bulan tu untuk bayar rawatan tulah’. Memang benar, dengan caruman itu, kita akan berkongsi risiko dengan pihak insurer(takaful). Dengan inovasi industri insuran hari ini, sebenarnya produk seperti perlindungan dan pelaburan adalah kaedah untuk kita meningkatkan kekayaan di masa hadapan.Andainya kita membayar RM200 sebulan untuk perlindungan kesihatan, pada sesuatu tempoh matang, kita akan mendapat kembali caruman kita dengan penuh malah memperoleh dividen dan keuntungan yang tinggi. Malah, jika ditinjau pasaran industri insuran hari ini, keuntungannya jauh lebih tinggi dari ASB yang kita carum tiap-tiap bulan itu.Rata-rata merekodkan dividen dan nilai tunai mencecah dua angka.
Insuran dan takaful bukan sahaja melindungi kekayaan, dan mengurangkan risiko, malah mencipta kekayaan!

TPR FARAH SHUHADA BINTI RAMLI
TIMBALAN PENDAKWA RAYA
NEGERI SEMBILAN

No comments:

Post a Comment

Popular Posts